Secara umumnya program telah berjaya dengan penyertaan hampir 18 orang peserta remaja sekitar Manjung. Program ini yang dikendalikan sepenuhnya fasilitator dari Kelab Remaja JIM (KRJ) & Pertubuhan IKRAM berlangsung selama 2 hari 1 malam.
Objektif utama program ini adalah:
a. Merapatkan ukhwah di kalangan remaja.
b. Menyedarkan remaja tentang kepentingan mereka dalam mencorak masa depan ummah di masa hadapan.
c. Menyemai semangat cintakan Islam dan tanah air.
d. Memupuk semangat cintakan Masjid.
Antara slot program yang dijalankan adalah Knowing Me Knowing You, Smart Solat Remaja, Maza Yakni, Berblogging, Kuliah Maghrib, Ini Sejarah Kita-Intro, Qiamulail dan terakhir sekali Kini & Hijrah.
Diharap dengan penglibatan remaja yang positif seperti ini dapat menumbuhkan bibit harapan kepada remaja terutamanya di daerah Manjung.
Jutaan Terima Kasih diberikan kepada pihak penganjur dan pengedali program.
Video dan Gambar aktiviti Program:
Slot Kini dan Hijrah dikendalikan oleh fasilitator Angah
Sesi nyanyian lagu tema 'Generasi Harapan-Pemuda Kahfi'
Ucapan penutup oleh Tuan Hj Rashidi
Pengendali dan peserta
Gambar kenangan fasi dan peserta
No comments:
Post a Comment